Thursday, 8 January 2015

Kini Detiknya

Bismillah...

Saya sedar, sudah sekian lamanya saya tidak mengemaskini blog ini. Sibuk? Apalah sangat sibuk saya jika hendak dibandingkan dengan ramai lagi blogger di luar sana yang telah berkerjaya, malah ada yang telah berkeluarga.

Cuma saya akui, minat untuk menulis sudah lama pudar jika hendak dibandingkan tujuh tahun lepas, ketika saya mula-mula berjinak-jinak dalam dunia penulisan di alam maya ini. Jujur saya akui, sungguh cepat waktu itu berlalu. Ramai yang mengenali saya daripada blog ini, walau pada hakikatnya, tidak pernah bertegur sapa di alam realiti. Mungkin selepas membaca blog saya, mereka ada keberanian untuk menegur saya. 

Alhamdulillah, saya sedang menjalani liku-liku akhir sebagai seorang mahasiswa di Universiti Tenaga Nasional dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dengan kepujian. Sekiranya tiada halangan, saya bakal bergraduan pada Mac ini. Mohon doa daripada semua.

Saya sedia maklum, telah ramai kawan yang seusia dan sebaya telah mendirikan rumah tangga, malah ada yang sudah ada beberapa cahaya mata. Bilangan walimah yang saya hadiri boleh dikira dengan jari. Saya hanya mampu menghadiri walimah yang berdekatan dengan Lembah Klang, itu pun sekiranya berkelapangan. Sekiranya ada walimah di Terengganu, sukar untuk saya hadir, kerana saya sendiri jarang balik ke sana. Dalam setahun, saya hanya balik dalam 3-4 kali sahaja.

Cukuplah sekadar ini sahaja coretan saya. Sekiranya ingin bertanya lebih lanjut, boleh hubungi saya pada social messenger yang makin berkian pesat sekarang, atau boleh beramah mesra di Twitter dan Instagram.

Facebook? Saya kurang gemar bersosial di Facebook.

Sekian, wassalam alayk.

No comments: