Thursday, 21 April 2011

Kerana Manisnya "At Least"


nota kepala : 
another copy & paste. tak tahu laa bila saya rajin nak update yang sendiri punya. mohon maaf atas kelemahan diri. tapi artikel ini benar-benar mengujakan saya, kerana secara tidak langsung menyedarkan saya akan masalah umat sekarang. sama-sama kita bermuhasabah dan menjadi lebih baik dari semalam, insya-Allah =)
ada ikhwah berkata, adalah lebih baik sekiranya kita terasa dengan mesej yang disampaikan, daripada tak rasa apa-apa kerana itu adalah ego dan sombong..

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 


Ding dong~
Si Anak telah Pulang

Si Ibu senyum gumbira
"Selamat pulang anakku"

Si anak terus bertanya
"Wahai ibu, tadi ade pemuda mencaci kita, bengang gila, 
ada ke die samakan Islam generasi kita sekarang ni macam kaum jahilliyah zaman makkah dulu,
berdosa tuh"

Si Ibu tersenyum kecil

Si Anak berkata
"Wahai Ibu, kenapa hanya tersenyum?"

Si Ibu pun berkata
"Wahai Anakku, apa yang perlu dimarahkan sedangkan benar kata2 pemuda itu?"

Si Anak menjawab
"Wahai Ibuku, mana boleh samakan kita dengan kaum Quraisy dulu tu, 
mereka Kafir, Jahil, tak percaya kepada Allah
AT LEAST kita Islam dan percaya kepada Allah"

Si Ibu menjawab
"Wahai Anakku, tahukah kamu kaum Quraisy dahulu percaya dan menyembah Allah?"

Si anak kebingungan
"Haa? mane ade, diorang sembah berhala kowt"

Si Ibu menjawab
"Berhala hanyalah pengantara untuk Allah, kerana mereka yakin cara itu lebih mudah untuk berkomunikasi dengan tuhan mereka, iaitu tuhan Nabi Ibrahim
sedangkan Abu Jahal pun berdoa kepada Allah"

Mereka yakin Allah menunaikan permintaan mereka melalui berhala2 tersebut sehingga mereka lalai dan mengagung-agungkan berhala lebih daripada Allah

Si Anak kebingungan

Si Ibu tambah
"Kita yakin Allah memberi kekayaan melalui pekerjaan, 
Allah memberi kejayaan melalui result peperiksaan
sehingga kita lalai dan mementingkan pekerjaan dan peperiksaan 
lebih daripada tuntutan Allah, solat, Quran dan sebagainya"

"Berhala dahulu berbentuk patung batu, berhala sekarang berbentuk celebrity, entertainment dan kekasih yang kita lebih cinta lebih dari Allah
U jump I jump
Adakah kita akan Jump jika itu arahan dari Allah?

Maka samalah kita dengan jahilliyah kaum makkah dahulu

Si Anak Tidak puas hati
"Tapi mereka jahat, mereka mencaci sahabat, 
menghalang mereka dari memasuki Islam malah menghina Rasulullah
AT LEAST kita baik tak buat camtu

Si Ibu menjawab
"Kita memang baik, bersopan santun, beradab, beribadah
tetapi bila ada kawan ingin berubah dan mengamalkan Islam dengan sepenuhnya kita berkata

"Hak ala, kau ni asal baik sangat? macam la kitorang xtau perangai ko tu, xyah tunjuk baik ar"

Bila ada kawan ingin solat ke masjid kita berkata

"Fuiyo, skema gile, solat kat rumah sudah"

Bila ada kawan mengamalkan Sunnah Rasulullah kita berkata

"Kita zaman moden, xperlu kot wat sunnah tu, tu adat orang arab, 
kita orang melayu, ikut adat kita je ar"

Maka dengan halusnya kita mencaci orang islam, menghalang orang berbuat kebaikan, malah menghina Rasulullah
bukankah sama kita dengan mereka?

Bila orang ajak berbuat kebaikan kita tutup telinga, tutup pintu kerana sombong dengan agama

Samalah dengan kaum Quraisy yang menutup telinga dengan amaran Al-Quran

Kita selalu berselindung di sebalik kata-kata

"AT LEAST kita Islam"

"AT LEAST kita dah buat ibadah wajib"

"AT LEAST kita baca Al-Quran everyday"

dengan itu mata kita tertutup dengan kemungkaran yang kita lakukan

Kerana Manisnya AT LEAST
kita lupa Manisnya IMAN

Kerana Manisnya AT LEAST
kita lupa tuntutan Islam

Kerana Manisnya AT LEAST
kita tertipu dengan Syaitan

Kerana Manisnya AT LEAST
Retaklah Akidah kepada Tuhan

dipetik daripada artikel sini. jzkk atas peringatan