Saturday, 25 December 2010

Two "O"

20 December 1990 ► 20 December 2010 ► 20 Years old Young


20 Des 2010 12:00 am


ucapan wish beramai-ramai daripada rakan Santun dan urusetia.
potong kek yang besar bla bla bla

12:32 am 

/\/\/\/\
d o j o b
\ <> /
=====()()()()==
Selamat harijadi, Syariful
===========

-Tarmizi

9.15 am

mak ucap selamat ulang tahun
(gambar lilin dan kotak hadiah)

-Ummi

9.43 am

Selamat hari lahir diucapkan..moga dlm rahmat Allah dan diberkati selalu..bjaya dlm hidup dan bahagia sokmo..

-Abg Seku & Kak Lini

1.14 pm

(MMS cake)
Owh bro..happy birthday..hee..
Nah kek sbijik..ak wt td..

-Syida

1.17 pm

Alhamdulillah hari ni, genap thn ke 20 bahri, selamat hari lahir, moga Allah berkati dan rahmati perjalanan hidup bahri seterusnya, amin, wassalam.

-Ayah

3.41 pm

Salam..slamat hari lahir y ke-20 kn..(dh tua dia,hehe..) k smga chat2 slalu dan d rahmatiNya..salam. :-)

-Fasihah

10.37 pm

Salam,selamat hari lahir :-) smoge sentiasa brada d bwh rahmat n redha Allah. Senyum sokmo :-)

-Roisah

22 Dec 2010 6.15 pm

Salam..Harapnya x terlewat nak ucap selamat hari lahir.. Semoga hidup sentiasa dirahmati Allah.. insyaAllah

-Akhi Irfan 

noted : 
memang tak ramai tahu 20 Des birthday saya, disebabkan tak pernah sambut ketika di alam persekolahan. maklumlah, cuti sekolah. :D
sebab tu tak banyak dapat sms hari jadi. tapi tak apa, saya tak kisah :)
ada juga yang wish secara lisan, tapi saya kurang pasti pada pukul berapa ketika itu. saya amat menghargai wish anda ;)















Jazakumullah khairan kathiran

Sudah berumur 20 tahun. Bagaikan tidak percaya. zzz
Teringat akan peringatan "Bagaimanakah masa muda mu dihabiskan?"
Semoga dengan angka 2 di hadapan, akan menjadikan aku lebih dewasa dan tidak berperangai kebudak-budakan lagi. Hehe~

May God bless us always

dedikasi daripada Arif Mkmg. jazakallah khairan jaza

Friday, 24 December 2010

of Santun & Sintok

Bismillah~

Agak lama jari-jemari tidak menari-nari di papan kekunci ini, bukan hanya sekadar disebabkan sekian lama tidak mengemaskini blog, tapi juga disebabkan komputer riba ditinggalkan selama hampir seminggu kerana ke Sintok, Kedah.

Tak banyak saya update dalam blog ini mengenai SANTUN (Skim Anugerah Anak Yatim Miskin Nasional), mungkin disebabkan saya tidak berapa aktif, mungkin juga disebabkan saya tidak mempunyai idea untuk bercerita tentang SANTUN.

Alhamdulillah, saya berpeluang untuk menyertai program klimaks bagi SANTUN untuk edisi 2010, iaitu Perkhemahan Nasional Santun di Kem PLKN Sintok, Kedah selama 6 hari. Tapi sebelum tu, saya sempat berjumpa dengan ayahanda dan bonda tercinta sebelum bertolak ke Kedah, alhamdulillah, suatu yang tidak pernah saya jangkakan dan memang bukan sesuatu yang dirancang. Walaupun sekejap, namun setiap saat bersama keluarga amatlah berharga. sobs3

Sekiranya dahulu trip ke Sungai Petani hanya mengambil masa plus minus 3 jam 60 minit, tetapi kali ini perjalanan ke Sintok mengambil masa hampir 7 jam. Walau bagaimanapun, syukur ke hadrat Allah kerana tiada kejadian yang tidak diingini menimpa sepanjang perjalanan.
one of the banners for Perkhemahan Nasional Santun 2010
Dalam kembara ke Sintok kali ini, saya berkenalan dengan beberapa orang rakan baru dan juga mengenali dengan lebih rapat rakan yang sudah dikenali sebelum ini. InshaAllah, semoga perkenalan ini akan bertambah erat di masa akan datang, dan yang paling penting memperoleh keredhaan daripada Allah swt

Disamping itu, saya juga berpeluang untuk berjumpa dengan insan yang memiliki fikrah yang sama, alhamdulillah. Terlalu banyak mehnah yang menimpa, semoga kami thabat biiznillah.

Perkara yang saya takkan lupakan ialah "surprise party" daripada warga SANTUN. OMG! Tak pernah menyangka akan ada sambutan hari jadi pada pukul 12 tengah malam, sehingga saya menggigil ketika hendak memotong kek.  Sangat terharu. kesat air mata

Ceramah sangat banyak dan kerana tak larat nak menghadapinya, saya dan Geng Koala cuba escape dengan berada di bilik urusetia dan buat kerja apa yang patut. At least, dapat mengelakkan diri daripada tidur waktu ceramah, kan?
credits to Syahir untuk gambar Koala
Pengalaman jungle trekking yang saya rasa jauh lebih mencabar daripada Taman Negara Penang sangat berharga. Tak sangka dapat mengharunginya. Dengan keadaan jalan tanah merah yang basah akibat hujan, lumpur yang tak terkata banyaknya, pacat yang menggigit kakiku tapi aku tak rasa sakit pun, sebab aku biarkan pacat gigit sampai habis dan pacat tak hisap banyak pun darah aku. mungkin sebab darah aku "suci" kot. lol

Kemuncak kepada kemuncak program perkhemahan ini adalah Program Bakti Santun. Untuk tahun ini, saya ditugaskan untuk menolong warga Bukit Hantu atau Bukit Ghostbuster bak kata Ustaz Zamri, dan saya dilantik menjadi Ketua Pasukan?! Apakah semua ini?!  Siapakah yang menjadi dalang disebalik pelantikan ini. Udah le kena menjadi Ketua Dorm. Macam tamak haloba plak dalam program ni. Terima kasih laa kepada siapa² yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi ketua. 

Pasukan kami dikehendaki untuk mengecat Surau Bukit Hantu, yang terletak betul² bersebelahan dengan landasan kereta api. Nasib baiklah surau tu bangunan batu, kalau kayu, alamat bergegar surau tu. lulz
dihadapan pintu masuk ke Thailand di Bukit Kayu Hitam
Pulang pada hari Khamis, tiba di pejabat YaPEIM pada pukul 9.30 pm. Alhamdulillah, kerana memudahkan perjalanan. Sekarang stay di rumah abang, sebelum pulang menginap di universiti.

Sekian sahaja untuk edisi kali ini. Peace no war