Monday, 29 November 2010

Jaulah Utara KITA 2010

Bismillah~

Dari Abi Hamzah Anas bin Malik r.a. khadam Rasulullah s.a.w. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
Tidak beriman seorang kamu hingga ia mencintai saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Baru² ini, saya dan beberapa orang rakan telah membuat aktiviti jaulah di sekitar Kedah dan Pulau Pinang. Pada perancangan asalnya, tujuan jaulah ini adalah untuk berjumpa dengan sahabat saya di Kedah, iaitu Zainal Ahmad yang pulang bercuti ke Malaysia sempena cuti musim panas di New Zealand. Maklumlah, dah lama tak jumpa. (Baru 9 bulan)  Disamping itu, bolehlah saya pusing² (baca : round²) utara. 

22 Nov 2010

Alhamdulillah, saya dan Arif tiba di Sungai Petani tepat pukul 3.45 pagi. Apabila Zainal tiba mengambil kami, maka bermulalah chit chat antara kami bertiga, setelah lama tidak berjumpa. :P Selepas Megat tiba dari Teluk Intan, kami mula merancang aktiviti kami dan aktiviti pertama kami pada hari tersebut adalah makan².  Kemudian selepas 'Asar, kami ke Pantai Merdeka.  

subhanallah, sangat cantik   
Ombak Pantai Merdeka tak sebesar ombak di Pantai Timur, tapi saya tidak berapa pasti kerana tidak ramai yang mandi-manda. Mungkin pernah berlaku kes mati lemas? Lupa plak nak bertanya tuan rumah. Hehe

23 Nov 2010

Lebih kurang aktiviti klimaks untuk jaulah ini, kerana akan ke tempat yang agak jauh dari Kedah, iaitu Pulau Pinang Pantai Mutiara aka Penang. Bertolak pada pukul 7.45 pagi dari rumah, kami menaiki ferry untuk ke Penang. Alhamdulillah, kemudahan Rapid Penang amat efision, kerana bas akan bergerak setiap 5 minit. Jadi tiada masalah untuk kami menuju ke Taman Negara Penang.

Di Taman Negara Penang, kami bercadang untuk ke Pantai Kerachut dan Teluk apa entah namanya, disamping itu meniti di Titian Kanopi. Oleh kerana lokasi Teluk apa entah namanya agak jauh, maka kami batalkan sahaja niat tersebut. Untuk aktiviti ini, saya hanya memakai selipar, berseluar jeans dan membawa sepersalinan pakaian untuk aktiviti mandi. Yang lain pun lebih kurang sama. Agak simple, kan? Tak sangka plak kena jungle trekking yang boleh tahan jauhnya. First time jungle trekking sejauh ini. Sangat penat but a very nice experience somehow.   Untuk saya yang jarang-jarang sangat ber'jungle trekking' ini, routenya sangat mencabar, kena mendaki-daki, naik bukit turun bukit, jalan yang agak basah, kadang² sedikit curam, tersilap langkah, padah diterima. Disamping itu, kena selalu tengok bawah. (Nasihat daripada orang yang tersadung kakinya) T__T

Disebabkan kami tidak menaiki bot untuk pulang, jadi amat memenatkan kerana terpaksa berpatah balik. Kami keluar daripada Taman Negara beberapa minit sebelum pukul 4 petang.


Selepas berjaya dalam kembara merentas Taman Negara Penang, kami bergerak ke KOMTAR, bertujuan untuk jenguk², seperti orang luar datang KL menjenguk KLCC. Begitu jugalah kami apabila datang ke Penang.

Dan apabila kami penat pusing², saya menghubungi Akhi Irfan, ikhwah PMC untuk mengambil kami di KOMTAR. Lantaran waktu yang hampir menjurus kepada waktu Maghrib, kami menuju ke Masjid apa entah dan seusai solat, kami berkenalan pula dengan Akhi Aref dan Akhi Anas, ikhwah PMC juga.  dan makan² di Gurney Drive, port makan² yang popular di Penang, kalau tak silap.

Plan kami sedikit bercanggah, kerana pada malam tersebut, kami bermalam di Baitul Iman, rumah ikhwah PMC tersebut. Di sana, kami berkenalan (lagi) dengan Akhi Zulkifli (juga dari PMC) dan Akhi Lukman (ikhwah NZ yang BFG) Yang tak disangka-sangka, mereka semua adalah bekas pelajar Intec (kecuali Akhi Anas daripada KMB) Dah macam reunion Intec plak. 

Kami sempat membuat sedikit liqa' ringkas iaitu taaruf antara satu sama lain, kerana majoriti baru berkenalan pada hari tersebut, kecuali saya yang mengenali Akhi Irfan sejak bulan Jun (tapi tidak mengenali antara satu sama lain lagi), manakala Akhi Aref dan Akhi Zul saya macam pernah terserempak dengan mereka di Mines.

Malam tu tidur, sampai saya termimpi akan ikhwah² yang lain. Yang qawiy jiddan pulak tu. (Bolehkah saya katakan ia adalah mimpi ngeri?)

24 Nov 2010

Pagi tersebut, kami bertolak pulang ke Sungai Petani, menaiki ferry lagi (oh, saya tidak bosan kerana jarang² menaikinya) Setibanya di Jeti Seberang Prai, kami breakfast dulu dan makanan di situ sangat murah!!!! Sungguh saya cemburu. Tambang teksi pun murah. T___T

Pada tengah hari, kami didatangi dua ikwah besar dari UiTM Shah Alam dan Aussie, iaitu Amir Afwan dan Akhi Faisal. Pertama kali berjumpa dengan Akhi Faisal, agak kekok pada awalnya, namun alhamdulillah, ikatan ukhwah tetap wujud. :)

Petang itu, kami berkunjung ke rumah Akhi Nadzeri, ikhwah Aussie yang menetap di Sungai Petani. Aktiviti kami di rumah beliau, ialah mendaki bukit di hadapan rumah beliau. Dari bukit tersebut, boleh dilihat permandangan Sungai Petani yang sangaaaaat besar. Subhanallah!!!


Kemudian, pada malam tersebut, kami telah menuju ke Radix Fried Chicken yang amat masyhur di Sungai Petani. Alhamdulillah, dapat juga merasa. Bercadang nak order 3 ketul ayam, tapi bimbang tak habis, order 2 ketul ayam je. MasyaAllah, sangat best. 

Sempat berjumpa dengan Akhi Zaid, abang kepada Akhi Haq. (tetibe rindu kat Akhi Haq sebab dah 2 tahun tak jumpa) T___T Akhi Zaid turut membawa zaujahnya. Haha

Malam tu, bantai lagi dengan futsal bersama 2 orang lagi kawan Zainal, iaitu Zaid dan Murshidi (kalau tak silap) Walaupun sakit kaki lantaran berkaki ayam, namun sangat best. Ukhuwwah yang wujud itu menidakkan kesakitan pada kaki. Wahahaha! 

25 Nov 2010



Last day di Kedah, kami ziarah YDP Ikram Kedah, iaitu Ustaz Rosli, merangkap bekas Pengarah Eksekutif Sekolah Islah. Banyak yang beliau share bersama kami semua, kisah beliau bagaimana membangunkan Sekolah Islah, bukan sahaja menerusi akademik, bahkan pada sahsiah. Tanpa disangka-sangka, beliau berasal dari Terengganu. Terkejut juga apabila mendengarnya, kerana tak sangka sanggup jauh merantau dari Terengganu ke Kedah, untuk bermastautin di Kedah. Mengetahui parents Akhi Irfan dari Terengganu juga suatu berita yang mengejutkan. (tak habis² nak bangkitkan isu ni. haha)

Kemudian, kami ziarah Pak Cik Mazlan. Kisah beliau mengembara di Adelaide sangat cool, disamping bagaimana dengan tarbiyyah di sana. 

Akhirnya pada malam tersebut, berakhirlah jaulah kami di bumi utara Malaysia ini. Saya, Megat dan Arif pulang ke KL dengan menaiki train. (first time naik sebab kat Terengganu tak ada train macam ni)

Tak pernah menyangka dalam jaulah kali ini, dapat berjumpa dengan ramai tokoh-tokoh besar dalam DnT ini. (Parents Zainal pun orang besar jugak.) 

Begitulah perancangan Allah, plan yang dilaksanakan sekadar suka² akhirnya membawa kami kepada kembara yang mungkin sukar untuk ditemui di lain hari. Berkenalan dengan ramai ikhwah yang memiliki fikrah yang sama, disamping sifat tawadhu' mereka amat menyentuh hati saya. Semoga tali ikatan persaudaraan ini akan berkekalan hingga akhir hayat, kerana ukhwah ini datangnya dari Allah. 

Jazakumullah khairan kathiran kepada mana² individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam jaulah kecil-kecilan ini, terutamanya kepada tuan rumah, dan keluarga yang sangat best tinggal di rumah korang. Tak rasa macam tetamu pun, macam ahli keluarga plak. Tak lupa kepada Akhi Irfan yang bersusah payah sepanjang kami di Penang. (lain kali jangan tidur atas lantai lagi)

Salam ukhuwwah, wa ilal liqa' 

nota kaki : cuba untuk menulis seringkas-ringkasnya agar tidak melalut dan meleret-leret macam Jaulah Cameron Highlands.