Saturday, 29 August 2009

Jaulah Cameron Highlands 2009

salam alayk..
sebenarnya dah lama gile simpan post ni as draft. pening nak elaborate. tp sebab dah settlekan "sedikit" kerja english utk cuti ni, nk publish jugak laa arini.

alkisahnya camni, konsis network *please don't ask me what is this bcoz i really hav no idea bout it* anjur jaulah ke cameron highland sempena ramadhan yg bakal menjelang tiba *dah minggu depan weyh,syoknye!* ini bukanlah cam lawatan lambil belajar cam zaman sekolah ek kerana jaulah ini xde bus yg angkut, sebaliknya kami menaiki MPV & sebanyak 7 buah MPV disediakan iaitu Kanggo, Fiat, CRV, Unser, Grandis *kereta paling baru*, Carnival & Wish. selain itu, ni macam aktiviti tahunan coz tiap tahun ade. *insya-Allah thn dpn nk g lagi!*

ni cheritera perjalanan aku nak g cameron highland:
aku bertolak dlm kul 7 petang dari kolej cemara ss18 shah alam menuju ke serdang. perjalanan menuju ke sana memanglah penuh dengan pancaroba kerana menaiki motosikal disamping jalan yang amat jam, ditambah pula dengan lori-lori yang dibawa laju. bese laa kan perjalan jauh nak2 naik motor, habis kebas seluruh badan. masih segar dlm ingatan ketika solat maghrib di stesen minyak petronas, susah betul nak angkat tangan. selepas menggunakan teknik rasengan & medical ninjutsu, alhamdulillah ok & tiada masalah kebas lagi apabila meneruskan perjalanan menuju ke serdang.

dlm kul 8 lebih kurang, alhamdulillah kami sampai ke serdang. kerana perut yg agak lapar, kami singgah dulu ke sebuah bistro yg terletak di hadapan stesen ktm serdang. perut aku meragam, xnak makan makanan berat *mungkin sebab perjalanan yg jauh td*, jadi aku order roti telur dgn teh o' beng limau. bile abes makan, kami pun menuju ke WTC (Wamy Training Centre) yg terletak di atas church. bile dah masuk sana, aku pun ape lagi, bertukar laa topeng aku jadi peramah. cewah, tnye nama, asal mane. padahal dalam hati, xnak tanye pun sume tu. lepas aku salam dengan akhi ammar & dpt list hadis utk dihafal, aku pun menuju laa kat seorang ikhwah ni sebab nak register. so, ikhwah tu tegur aku. nama dia salam *caya laa beb aku ingat name dia*. muke dia sebijik cam akhi najmi & dia berasal dr terengganu *berdasarkan slang dia yg amat xleh diubah tu*. aku pun cakap cakap r aku dari intec, & asal dari kemaman. lepas tu
dia gtau r yg ade gak budak kemaman join jaulah ni. bile dia sebut tu, tetibe keluar laa sorang mamat ni yg aku kenal sangat. guess who?? rupenya kawan sekolah aku masa spm dulu. adeyh, kat terengganu x jupe2 pn, skali jupe kat cni. dia ialah faiz hamidi. dialah yg salam gtau dari kemaman tu. sebab dah lame x jupe an, banyak laa yg kite sembang. pastu kitorang pun solat isya'.



selesai sudah solat, kami diberi taklimat oleh akhi ammar yg bertindak selaku commander. dia pun gtaulaa bla bla bla bla & bla bla bla. dalam taklimat beliau, de sentuh sket sal persiapan ramadhan iaitu:

  • i'dad maknawiy
  • i'dad fikriy
  • i'dah kitabiy
  • i'dad maaliy
  • i'dad jasadiy
  • i'dad amaliy
jaulah kali ni bukanlah suke2 cam hiking or so whatever, tapi berdasarkan ape yg diatas. because that reasons laa kenape dia wat sebelum ramadhan. tengah2 khusyuk dengar taklimat tu, aku perasan laa seorang ikhwah yg pakai baju yapeim. huh? adekah dia same cam aku yg terlibat dgn santun & dpt rm1000 aritu? muke cam pernah tgk. tapi aku abaikan je perasaan aku ni sebab dia duk jauh daripada aku. somehow kami dibahagikan kepada 6 kumpulan & dipecahkan kepada 7 buah kumpulan lagi utk transportation. nak dijadikan cite, budak yapeim tu same kumpulan dgn aku. pastu aku tanye laa ape yg sepatutnye aku tnye. sah, dia memang budak santun & name dia usamah. rupenye, dia ketua batch aku. adeyh,cane aku leh lupe? msti aku sibuk fikir benda laen time tu. btw, aku dlm kump 4 & dpt kereta unser (drive by ustaz aqib). tym taklimat tu, yg sempa aku kenal ialah akhi afifi (pernah jupe tym liqa akhi naufal), dr munawar, akhi munzir, akhi mus'ab, tengku mansor & yg len2 ak x ingt. hehe~


dlm kul 11 mlm lebih camtu, kami turun bawah menuju kereta masing2. mereka yg same trip dgn ak ialah ustaz aqib of course as the driver, akhi saiful (naqib budak usim & ak pernah jupe skali tym liqa), usamah si santun & ibt boy, asyraf help, zahid uia & sorang mamat dr um (lupe name). everything goes very smoothly & ustaz aqib ni memang bagus bab2 mengekor dari belakang ni. xkan terlepasnye. dia amat bagus time corner sebab tidak akan brake & bawak laju. kami stop kat 2 tempat sebelum sampai ke cameron iaitu kat rawang & tapah. kat sana beli laa ape yg patut sebelum tiba di cameron highland.

baru ku tau perjalanan ke cameron amatlah jauh *nampak sangat x ingat geografi*. kena lalu perak rupenye. cam nk g utp lak. tetibu rindu pulak kenangan d utp. uhuk2~



bile dh nampak signboard to cameron highland, aku pown mula get ready r. bukan nape, sbb aku diinform yg kita akan keliling bukit. aku rase cuak gak r. aku mane pernah rasa camni. setakat bukit kijal pernah r. ni dh laa tinggi. aku try gak r xnak tidur sbb aku xnak lepaskan peluang melihat keindahan cameron highland pd waktu malam. kami pun mendaki laa bukit tu dengan kereta. agak2 dh tinggi sket tu, kami pun kuar r saat nk rasa kedinginan cameron highland. sekali keluar, huh! gilerr sejuk. x tahan eden. tp sbb degil gak kan, kuar r jugak. lepas rasa sejuk sngat, ak pown masuk dlm kereta balik. kami pown meneruskan perjalanan ke gunung brinchang yg mana setinggi 6666 kaki. lepas tu nampak laa macam2 iaitu ladang strawberry, ladang teh, ladang sayur, baja yg berbau amat harum sehingga tekak loya & nak muntah. uwek! dah laa kami buka tingkap, tutup aircond sebab natural aircond dah ade, memang x tahan gile bile bau baja tu. cam bau t**k. kite lupakan yg tu.



bile nampak je signboard gunung brinchang, kami sume dlm kereta menumpukan sepenuh perhatian terhadap perjalanan kami itu. ye laa, dah laa jalan macam ular kena palu. bimbang gak r kalau2 kemalangan berlaku. alhamdulillah, ustaz aqib pemandu yg cekap walaupun bawak Unser macam bawak F1. huhu~ akhirnya kami sampai jugak ke destinasi tp masih belum lagi puncak gunung brinchang. kami rehat dulu di sebuah wakaf sebelum meneruskan perjalanan ke puncak pd waktu pagi selepas subuh. sampai kat wakaf tu dlm pukul 4 pagi. aku fikir2 gak r, nak tidur luar ke dalam. sebab aku rasa cam aku xtahan sejuk, jd ak decide nak tidur dlm kereta. aku bukan pe, kalau dah rasa cam nak beku, paginya macam pucat gile walaupun aku berkulit gelap. bukan aku sorang je camtu, ramai jugak yg tidur dalam kereta. ahaks~ aku x pasti da ke x yg tahajjud masa ni. aku memang x r. dah penat gile walaupun kerja dalam kereta hanyalah relax.

dalam pukul 6 pg, aku dpt wake up call. wake up call ape lagi, bangun subuh laa. bile kuar tu, memang sejuk gile r. adeyh, berbungkus pown still sejuk. solat subuh dah nak mula. kami pown berpusu-pusu laa nak amik wudhu' dengan menggunakan air yang dibekalkan pada setiap group. oleh kerana nak menjimatkan air, so kami amik bahagian yg wajib je. tengah darurat kan? mana r tau ade yg nak buang air ke, nak minum ke. bahaya jugak r kalau x minum air time pressure ngah tinggi ni. tapi aku buat derk je. xnak aku kencing tempat2 mcm ni. *ego*



oleh kerana aku sedikit kelewatan, aku solat atas tanah je. first time ak solat atas oops... atas rumput actually. erm, baru aku rasa camne solat atas rumput. selama ni beralaskan sejadah, karpet, simen, mozek je. lepas solat tu, kami pown berkumpul dekat wakaf dengar kuliah pagi yg disampaikan oleh ustaz aqib sendiri. tajuk yg diberi ialah mukjizat al-quran. memang tersentuh betul hati aku bile mendengar tazkirah beliau. point yg paling penting aku dapat pada pagi itu ialah "Jangan kejar kuantiti, tapi kejar pada kualiti." apa yg dimaksudkan ialah jangan terlalu gopoh membaca al-quran untuk tamat lebih pantas. apa yg penting ialah pemahaman kita terhadap al-quran itu sendiri, baca dengan tartil. lepas tu perhati bacaan kita. kenapa ayat ni macam mendayu-dayu, lepas tu ada yg kasar. kita boleh perhatikan sendiri melaluo surah al-fatihah yg kita baca at least 5x sehari dalam solat fardu.

selepas tekun mendengar tazkirah yg begitu mendamaikan *kerana ade jugak yg lentok*, kami pun berdiri sambil picit2 ikhwah di sebelah. walaupun x sampai 12 jam kenal, tapi dah rasa kat situ ikatan ukhwah. betapa nikmatnya perasaan itu. lepas tu amik gambar beramai-ramai. yipee!



kami diminta untuk jogging sedikit menuju ke puncak. masa tu aku dah bersiap sedia dengan glove yg aku beli masa g sunway piramid akhir sem 1. aku pown berlari-lari anak laa dengan tips yang diajar oleh kaka mase zaman sek rendah dlu. tp tips tu cam x berkesan kat atas gunung. rasa cam nak semput. adeh, akhirnya aku give up jalan kaki bese je. lung aku bukanlah besar sngat pown. dah macam sesak nafas kt c2. dah laa oxygen dah jadi ais. xnak sedut je rasanya oxygen tu.


alhamdulillah, selepas beberapa minit, akhirnya sampai jua menuju puncak. pemandangannya xde lah lawa sangat tp bolehlah. kami nak naik menara je sebenarnya, nak tengok matahari terbit je pown. tapi kan, awan tebal sangat. xnampak2 pown matahari. jadi, kat menara tu asyik posing je laa. aku x bawak kamera, asyik menumpang kamera orang je. uhukz~ ada tu, akhi amirul mitak aku amik gambar dia dengan hp dia yg macam anas tu. aku kan pakai glove. nak hp dia beberapa kali. aku memang cuak gile sampai tuan dia pown cuak gak. akhirnya, berjaya jugak r amik gambar akhi amirul tu. lepas tu, kitorang amik gamabr ramai2 dgn kamera dr munawar. memang kamera dr munawar je jd mangsa sbb kamera dia yg paling canggih. hehe~



lepas dah puas posing sana sini, kami pun turun gunung balik. kami pergi makan dulu sebab dah lapar sangat an. lepas makan dengan sekenyang yang mampu, kami pun menuju ke tanah rata kerana kat sana ada masjid untuk kami stay. aku sampai2 pown buat apa laa sangat. buat kerja listening podcast tu laa. adeyh. terseksa betul rasanya. lepas dah faham separuh, aku pown tidur sampai agak2 nak zohor sket.



bila dah terkejut tu, of course r nak mandi kan. aku pown menuju r ke bilik air sambil menyanyi-nyanyi lagu watimang landok. bila buka paip shower tu, ya Allah! air yg menitik ke atas kepalaku ais rupanya. sejuk gile. adeyh, x tahan macam ni nak mandi lama2 walaupun dah tengah hari & matahari terpacak atas kepala. tapi aku cool beb. xkan r xnak mandi. aku pown mandi r setakat yg terdaya. lepas sudah tu, amik kau. terketar-ketar nak masuk masjid balik. mujur laa masjid pown x pasang air-cond. kalau x, xtau r camne. lepas tu pown, macam bese r, solat zohor & jamak asar, lepas tu makan. memang aku puji laa sape yg masak lauk tengah hari. walaupun lelaki, sedap! kalau macam ni, memang leh survive laa kat oversea. x perlu bazirkan duit pergi McD, KFC, secret recipe, domino, pizza hut.......... *sekadar menyebut beberapa nama*



nak tau kitorang wat ape lepas tu?? *mengangguk-angguk* ~ade ke?~ kami ada kuiz tarbiyyah. memang aku cuak gile r. mane laa aku mahir bab2 camni. dah lupa. tp kumpulan kami telah melakukan yg terbaik dengan menjawab penuh yakin walaupun salah. banyak yg aku dah tau *sbb pernah baca soalan tu tp lupa jawapan* tp xleh jwab gak. adeyh~

oleh kerana kami dah solat asar, jadi kami terus beriadah. walaupun aku x berapa suke, tapi demi menjaga hati semua pihak, kena laa buat2 happening. dan realitinya, memang aku enjoy. kitorang main dutch ball. wah, memang syok gile r. walaupun x pernah menag tp kami enjoy. mana x nya, lawan sume badan2 besar. aku dah laa kecik je. asyik terlanggar dengan mereka2 yg berbadan besar je. nak tahan bola pun x sampai sebab rendah sangat. xpe, yg penting keluar peluh. eh, peluh x sempat keluar, serap balik sebab sejuk sangat.



selepas letih bermain, kami pun bersiap-siap laa nak mandi, nak solat maghrib lagi. selepas solat, ada kuliah maghrib kat masjid tu yg disampaikan oleh ustaz adib. *main hentam je sebenarnya* tajuknya ialah teet.......... aku lupe. tp berdasarkan buku "apa erti saya menganut islam" dia sempat pesan jaga solat terutamanya kami budak2 u. dia kata lagi, insya-allah virus h1n1 xkan kena kita kalau jaga solat. jangan terpengaruh dengan anasir2 luar yg sentiasa nak memerangkap kita.



lepas selesai settle sume kuliah tu, kami pown terus bergerak menuju ke pasar malam cameron highland. yeye! memang syok gile r. walaupun x banyak mane. apa yg membuatkan aku naik sedikit hairan ialah kebanyakan yang menjuallnya adalah chinese. melayu sket je. sebenarnya, kami ada tujuan kenapa menuju ke pasar malam selain membeli makanan. kami dikehendaki menemu ramah orang2 di pasar malam dengan bertanyakan apakah persediaan menghadapi ramadhan yg akan mendatang. macam2 jawapan laa yg ada. kami menemuramah polis laa, budak2 yg memang hard core. ada tu, sekali temuramah orang sekampung. adeyh~ zreet btol. lepas temuramah tu, kami kasi r button "2 fast 4 taqwa" & suruh org yg ditemuramah bergambar dgn button tersebut. alhamdulillah, sume 20 berjaya diserahkan. org yg last ditemuramah mmg agak best r. mak cik tu x jual dlm pasar malam tu. dia jual kat depan rumah dia. panjang gak r sembang dgn dia. dia gtau anak dia kat uitm shah alam laa. persiapan ramadhan yg mak cik tu sebut laa yg kami tunggu2. dia gtau bese ada marhaban kat cameron highland. org kat sana bersatu-padu. ye laa, sebab sikit je kan org melayu. lepas sembang2 dalam 10 min, dia kasi sayur goreng secara percuma. wah, memang rezeki r. rasanya, memang sedap gile. marvellous!!!



kami pun kembali ke port kami. kami dikehendaki membuat roti twist. nk tau buat cmne? susah r nak explain. haha. search je r dlm internet. apa yg aku tau, roti twist kumpulan aku x abes sebab banyak sangat adunan yg nak kena bakar, lepas tu kenyang dengan makanan pasar malam. bakar plak tu sket2, jd lambat r. doh tu sempat beku dulu. akibatnya, memang membazir gile r. xsmpai separuh pown abes.



lepas tu kan, kemas-kemas & tidur kroh kroh.



keesokan pagi:
dikejutkan seawal pagi untuk tahajud. entah mengapa, diriku ini amatlah mamai. amik wudhu', lepas tu, terketar-ketar x henti2 even dalam solat. aku x sure laa org sebelah aku perasan ke x aku tengah terketar ni. xtahan aku. sejuk sangat. adoi~ bayangkan, ngah2 berdiri leh tertidur. bile nak terjatuh, sempat lagi cover. ape laa aku ni. hahahahaha~ nak tergelak besar plak aku bile kenang balik. aku rasa memang best r qiam kali ni, sebab entah r. no reason why.



bile tahiyat akhir solat witir, azan subuh berkumandang. lepas jawab solat, terus menuju ke ruang solat & solat subuh. lepas solat subuh, sekali lagi ada kuliah subuh oleh seorang doktor. tajuknya ialah "puasa dalam perubatan". macam2 laa input yg dia kasi dalam kepala otak ak ni. banyak jugak persoalan yg ditimbulkan yg belum pernah aku sedari. syukran jazilan :D



sesudah kuliah subuh, kami sambung kembali kuiz tarbiyyah & tamat di situ. walaupun x pernah menang dalam dutch ball, kami dapat no 3 kerana kebijaksanaan anggota ahli kumpulan kecuali aku. kemudian, kami menuju ke ruang makan. erm, sarapan pagi tu pun x berapa abes. aku x suke pedas. adeyy~ aku dah cuba yg terbaik untuk menghabiskan tp x mampu. kasihanilah daku. huhu~ selepas tu sesi penutup, sesi salam bersalaman. sedih rase masa tu.



walaupun dah penutup, kami blom berpisah lagi. kami g shopping lak kat pasar tani cameron highland. aku dah rasa strawberry kering, strawberry shake. gile best! hehe~ aku recommend kat korang untuk rasa. masa tu aku beli keychain, beli strawberry 4 kotak! nak tau ape nasib strawberry tu?? teng teng teng.. haha~ x surprise r kalau gtau. haha~



tu je laa yg aku nak cite. aku sampai lambat shah alam kerana ada beberapa problem. keesokannya aku x g kelas sebab x sihat.



p/s:panjang gile post nie. malas dah nak edit. pandai2 laa nak fahamkan.



ilal liqa'

2665 patah perkataan

Friday, 7 August 2009

Was machen Sie in der Freizeit?

Normaleweise surfe ich im Internet sehr oft. Das macht mir viel spaß, weil ich mit meiner Familie in Verbindung bleiben kann. Ich bin jetzt in Shah Alam und meine Familie ist in Terengganu. Wenn ich mich für sehr lange Zeit mit meiner Familie nicht treffen, spreche ich mit ihnen im Internet. Es ist sehr einfach und kostenlos. Ich kann meine Familie sehen. Und dann, kann ich meine Probleme mit den Hausaufgaben durch Internet überwinden. Das beduetet, wenn ich Probleme mit Grammatik, Physik, und Chemie habe, surfe ich im Internet. Es ist nicht langweilig, weil alles sehr sehr schnell passiert. Ich kann auch sehr viele über die Welt erfahren. Zum Beispiel, ich liebe Luft-und Raumfahrt. Ich kann mehr wissen in diesem Bereich erwerben.


Ich gehe sehr selten spazieren, weil ich jetzt sehr sehr beschäftigt zur Zeit bin. Ich habe sehr viele Hausaufgaben, die ich machen muss. Außerdem, bin ich immer müde. Deswegen brauche ich Entspannung. Aber das Problem ist, dass ich immer nicht genug schlafe. Manchmal kann ich nicht schlafen. Vielleicht habe ich Schlaftlosigkeit, aber das glaube ich nicht. Ich immer in dem Unterricht schlafen möchte. Am diesem Wochenende möchte ich nach Cameron Highland fahren. Mein Freund hat gesagt, dass alle kostenlos ist. Ach so, ich denke, dass eine sehr gute Idee ist, weil ich immer an meine Prüfungen denke. In Cameron Highland ist es sehr kalt. Ich hoffe, dass ich mich gut ausruhen kann.



Ich bin noch nie in die Oper gegangen, weil ich keine Ahnung habem wo die Oper ist. Aber ich denke, dass die Oper sehr interessant ist. Warum sage ich das? Weil die Oper sehr kunstvoll ist und ich mag das. Ach so, in der Open gehen möchte ich mal ausprobieren. Vielleicht ist die Eintrittskarte sehr teuer, abes es ist ok. Ich kann neue Erfahrungen sammeln. Ich bin auch noch nie in ein Spielcasino gegangen. Ich möchte in ein Spielcasion nicht gehen, weil es verboten ist.