Thursday, 8 January 2015

Kini Detiknya

Bismillah...

Saya sedar, sudah sekian lamanya saya tidak mengemaskini blog ini. Sibuk? Apalah sangat sibuk saya jika hendak dibandingkan dengan ramai lagi blogger di luar sana yang telah berkerjaya, malah ada yang telah berkeluarga.

Cuma saya akui, minat untuk menulis sudah lama pudar jika hendak dibandingkan tujuh tahun lepas, ketika saya mula-mula berjinak-jinak dalam dunia penulisan di alam maya ini. Jujur saya akui, sungguh cepat waktu itu berlalu. Ramai yang mengenali saya daripada blog ini, walau pada hakikatnya, tidak pernah bertegur sapa di alam realiti. Mungkin selepas membaca blog saya, mereka ada keberanian untuk menegur saya. 

Alhamdulillah, saya sedang menjalani liku-liku akhir sebagai seorang mahasiswa di Universiti Tenaga Nasional dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dengan kepujian. Sekiranya tiada halangan, saya bakal bergraduan pada Mac ini. Mohon doa daripada semua.

Saya sedia maklum, telah ramai kawan yang seusia dan sebaya telah mendirikan rumah tangga, malah ada yang sudah ada beberapa cahaya mata. Bilangan walimah yang saya hadiri boleh dikira dengan jari. Saya hanya mampu menghadiri walimah yang berdekatan dengan Lembah Klang, itu pun sekiranya berkelapangan. Sekiranya ada walimah di Terengganu, sukar untuk saya hadir, kerana saya sendiri jarang balik ke sana. Dalam setahun, saya hanya balik dalam 3-4 kali sahaja.

Cukuplah sekadar ini sahaja coretan saya. Sekiranya ingin bertanya lebih lanjut, boleh hubungi saya pada social messenger yang makin berkian pesat sekarang, atau boleh beramah mesra di Twitter dan Instagram.

Facebook? Saya kurang gemar bersosial di Facebook.

Sekian, wassalam alayk.

Thursday, 21 April 2011

Kerana Manisnya "At Least"


nota kepala : 
another copy & paste. tak tahu laa bila saya rajin nak update yang sendiri punya. mohon maaf atas kelemahan diri. tapi artikel ini benar-benar mengujakan saya, kerana secara tidak langsung menyedarkan saya akan masalah umat sekarang. sama-sama kita bermuhasabah dan menjadi lebih baik dari semalam, insya-Allah =)
ada ikhwah berkata, adalah lebih baik sekiranya kita terasa dengan mesej yang disampaikan, daripada tak rasa apa-apa kerana itu adalah ego dan sombong..

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 


Ding dong~
Si Anak telah Pulang

Si Ibu senyum gumbira
"Selamat pulang anakku"

Si anak terus bertanya
"Wahai ibu, tadi ade pemuda mencaci kita, bengang gila, 
ada ke die samakan Islam generasi kita sekarang ni macam kaum jahilliyah zaman makkah dulu,
berdosa tuh"

Si Ibu tersenyum kecil

Si Anak berkata
"Wahai Ibu, kenapa hanya tersenyum?"

Si Ibu pun berkata
"Wahai Anakku, apa yang perlu dimarahkan sedangkan benar kata2 pemuda itu?"

Si Anak menjawab
"Wahai Ibuku, mana boleh samakan kita dengan kaum Quraisy dulu tu, 
mereka Kafir, Jahil, tak percaya kepada Allah
AT LEAST kita Islam dan percaya kepada Allah"

Si Ibu menjawab
"Wahai Anakku, tahukah kamu kaum Quraisy dahulu percaya dan menyembah Allah?"

Si anak kebingungan
"Haa? mane ade, diorang sembah berhala kowt"

Si Ibu menjawab
"Berhala hanyalah pengantara untuk Allah, kerana mereka yakin cara itu lebih mudah untuk berkomunikasi dengan tuhan mereka, iaitu tuhan Nabi Ibrahim
sedangkan Abu Jahal pun berdoa kepada Allah"

Mereka yakin Allah menunaikan permintaan mereka melalui berhala2 tersebut sehingga mereka lalai dan mengagung-agungkan berhala lebih daripada Allah

Si Anak kebingungan

Si Ibu tambah
"Kita yakin Allah memberi kekayaan melalui pekerjaan, 
Allah memberi kejayaan melalui result peperiksaan
sehingga kita lalai dan mementingkan pekerjaan dan peperiksaan 
lebih daripada tuntutan Allah, solat, Quran dan sebagainya"

"Berhala dahulu berbentuk patung batu, berhala sekarang berbentuk celebrity, entertainment dan kekasih yang kita lebih cinta lebih dari Allah
U jump I jump
Adakah kita akan Jump jika itu arahan dari Allah?

Maka samalah kita dengan jahilliyah kaum makkah dahulu

Si Anak Tidak puas hati
"Tapi mereka jahat, mereka mencaci sahabat, 
menghalang mereka dari memasuki Islam malah menghina Rasulullah
AT LEAST kita baik tak buat camtu

Si Ibu menjawab
"Kita memang baik, bersopan santun, beradab, beribadah
tetapi bila ada kawan ingin berubah dan mengamalkan Islam dengan sepenuhnya kita berkata

"Hak ala, kau ni asal baik sangat? macam la kitorang xtau perangai ko tu, xyah tunjuk baik ar"

Bila ada kawan ingin solat ke masjid kita berkata

"Fuiyo, skema gile, solat kat rumah sudah"

Bila ada kawan mengamalkan Sunnah Rasulullah kita berkata

"Kita zaman moden, xperlu kot wat sunnah tu, tu adat orang arab, 
kita orang melayu, ikut adat kita je ar"

Maka dengan halusnya kita mencaci orang islam, menghalang orang berbuat kebaikan, malah menghina Rasulullah
bukankah sama kita dengan mereka?

Bila orang ajak berbuat kebaikan kita tutup telinga, tutup pintu kerana sombong dengan agama

Samalah dengan kaum Quraisy yang menutup telinga dengan amaran Al-Quran

Kita selalu berselindung di sebalik kata-kata

"AT LEAST kita Islam"

"AT LEAST kita dah buat ibadah wajib"

"AT LEAST kita baca Al-Quran everyday"

dengan itu mata kita tertutup dengan kemungkaran yang kita lakukan

Kerana Manisnya AT LEAST
kita lupa Manisnya IMAN

Kerana Manisnya AT LEAST
kita lupa tuntutan Islam

Kerana Manisnya AT LEAST
kita tertipu dengan Syaitan

Kerana Manisnya AT LEAST
Retaklah Akidah kepada Tuhan

dipetik daripada artikel sini. jzkk atas peringatan

Sunday, 20 February 2011

Bila Rindu

Salam alayk~

Saya terjumpa gambar-gambar family dari fb adik. Geramnya!!! Sebab waktu ni saya seorang je yang tak ada kat rumah, dan keluarga saya bersatu tanpa saya setelah beberapa tahun. Sape tak sedih kan?

Qurratu Aina didukung Illy Najiha.
nampaknya illy dah ready nak dapat adik beberapa minggu lagi =P
Rasanya saya lupa nak update, saya dapat seorang lagi anak saudara 
yang bernama Qurratu Aina pada 10 Jan 2011.
Anak saudara perempuan no 3. hoho =D

apabila dua sepupu bertemu, Aidil Hariss dan Qurratu Aina.

ini semua cousin yang =_="

Aisya dan Adam!!!! ohh =(
Mujahid dan adiknya =)
Geram nak cubit pipi depa, tapi depa tinggal kat Sabah =(
Aidil, kot??
jangan pandang lama2. lolz =P
ni gambar raya tahun 2009

hangout dengan Amirul, Arif dan Aakif sebelum Aakif fly kat Mid Valley
 Saya baru jumpa gambar ni, setelah hampir 2 tahun!!!! Waktu ni lah saya jumpa ramai syeikh-syeikh hebat seperti Ustaz Aqib, Akhi Ammar, Akhi Mus'ab, Dr Munawar, Akhi Afifi, Akhi Abang, Akhi Wea dll waktu Jaulah Cameron Highlands 2009. Klik sini untuk lebih lanjut apa yang terjadi.

kalau tak cilap ni pagi bila dah sampai.
ni otw balik dah ni, tapi saja ambil gambar kenangan.

Kami main dodgeball, tapi kan tak berpeluh pun. Ye lah, kat Cameron. Baru nak berpeluh dah sejuk.


=_= kenapa Ilyas boleh terbang terlalu tinggi?
Aakif, pasni ko ajar aku!
dekat Singapore, di Johor Bahru
bergambar dengan pihak pengurusan.
RFC? Ok, bila pulak nak pegi lagi nih -__-"
Klik sini untuk flashback.
gambar kenangan di Penang bersama ikhwah =)
gambar ni waktu Lawatan ke kilang BASF. Boleh baca kat sini. Something yang sangat menyedihkan telah terjadi T_T
gambar ni sewaktu di Sauk, Perak.

Miss Zila belanja makan Domino. Hehe =D
Ni makan Domino jugak, tapi sendiri punya der.
gambar ketika melawat kilang Mercedes Benz di Pekan, Pahang.

Saturday, 25 December 2010

Two "O"

20 December 1990 ► 20 December 2010 ► 20 Years old Young


20 Des 2010 12:00 am


ucapan wish beramai-ramai daripada rakan Santun dan urusetia.
potong kek yang besar bla bla bla

12:32 am 

/\/\/\/\
d o j o b
\ <> /
=====()()()()==
Selamat harijadi, Syariful
===========

-Tarmizi

9.15 am

mak ucap selamat ulang tahun
(gambar lilin dan kotak hadiah)

-Ummi

9.43 am

Selamat hari lahir diucapkan..moga dlm rahmat Allah dan diberkati selalu..bjaya dlm hidup dan bahagia sokmo..

-Abg Seku & Kak Lini

1.14 pm

(MMS cake)
Owh bro..happy birthday..hee..
Nah kek sbijik..ak wt td..

-Syida

1.17 pm

Alhamdulillah hari ni, genap thn ke 20 bahri, selamat hari lahir, moga Allah berkati dan rahmati perjalanan hidup bahri seterusnya, amin, wassalam.

-Ayah

3.41 pm

Salam..slamat hari lahir y ke-20 kn..(dh tua dia,hehe..) k smga chat2 slalu dan d rahmatiNya..salam. :-)

-Fasihah

10.37 pm

Salam,selamat hari lahir :-) smoge sentiasa brada d bwh rahmat n redha Allah. Senyum sokmo :-)

-Roisah

22 Dec 2010 6.15 pm

Salam..Harapnya x terlewat nak ucap selamat hari lahir.. Semoga hidup sentiasa dirahmati Allah.. insyaAllah

-Akhi Irfan 

noted : 
memang tak ramai tahu 20 Des birthday saya, disebabkan tak pernah sambut ketika di alam persekolahan. maklumlah, cuti sekolah. :D
sebab tu tak banyak dapat sms hari jadi. tapi tak apa, saya tak kisah :)
ada juga yang wish secara lisan, tapi saya kurang pasti pada pukul berapa ketika itu. saya amat menghargai wish anda ;)















Jazakumullah khairan kathiran

Sudah berumur 20 tahun. Bagaikan tidak percaya. zzz
Teringat akan peringatan "Bagaimanakah masa muda mu dihabiskan?"
Semoga dengan angka 2 di hadapan, akan menjadikan aku lebih dewasa dan tidak berperangai kebudak-budakan lagi. Hehe~

May God bless us always

dedikasi daripada Arif Mkmg. jazakallah khairan jaza

Friday, 24 December 2010

of Santun & Sintok

Bismillah~

Agak lama jari-jemari tidak menari-nari di papan kekunci ini, bukan hanya sekadar disebabkan sekian lama tidak mengemaskini blog, tapi juga disebabkan komputer riba ditinggalkan selama hampir seminggu kerana ke Sintok, Kedah.

Tak banyak saya update dalam blog ini mengenai SANTUN (Skim Anugerah Anak Yatim Miskin Nasional), mungkin disebabkan saya tidak berapa aktif, mungkin juga disebabkan saya tidak mempunyai idea untuk bercerita tentang SANTUN.

Alhamdulillah, saya berpeluang untuk menyertai program klimaks bagi SANTUN untuk edisi 2010, iaitu Perkhemahan Nasional Santun di Kem PLKN Sintok, Kedah selama 6 hari. Tapi sebelum tu, saya sempat berjumpa dengan ayahanda dan bonda tercinta sebelum bertolak ke Kedah, alhamdulillah, suatu yang tidak pernah saya jangkakan dan memang bukan sesuatu yang dirancang. Walaupun sekejap, namun setiap saat bersama keluarga amatlah berharga. sobs3

Sekiranya dahulu trip ke Sungai Petani hanya mengambil masa plus minus 3 jam 60 minit, tetapi kali ini perjalanan ke Sintok mengambil masa hampir 7 jam. Walau bagaimanapun, syukur ke hadrat Allah kerana tiada kejadian yang tidak diingini menimpa sepanjang perjalanan.
one of the banners for Perkhemahan Nasional Santun 2010
Dalam kembara ke Sintok kali ini, saya berkenalan dengan beberapa orang rakan baru dan juga mengenali dengan lebih rapat rakan yang sudah dikenali sebelum ini. InshaAllah, semoga perkenalan ini akan bertambah erat di masa akan datang, dan yang paling penting memperoleh keredhaan daripada Allah swt

Disamping itu, saya juga berpeluang untuk berjumpa dengan insan yang memiliki fikrah yang sama, alhamdulillah. Terlalu banyak mehnah yang menimpa, semoga kami thabat biiznillah.

Perkara yang saya takkan lupakan ialah "surprise party" daripada warga SANTUN. OMG! Tak pernah menyangka akan ada sambutan hari jadi pada pukul 12 tengah malam, sehingga saya menggigil ketika hendak memotong kek.  Sangat terharu. kesat air mata

Ceramah sangat banyak dan kerana tak larat nak menghadapinya, saya dan Geng Koala cuba escape dengan berada di bilik urusetia dan buat kerja apa yang patut. At least, dapat mengelakkan diri daripada tidur waktu ceramah, kan?
credits to Syahir untuk gambar Koala
Pengalaman jungle trekking yang saya rasa jauh lebih mencabar daripada Taman Negara Penang sangat berharga. Tak sangka dapat mengharunginya. Dengan keadaan jalan tanah merah yang basah akibat hujan, lumpur yang tak terkata banyaknya, pacat yang menggigit kakiku tapi aku tak rasa sakit pun, sebab aku biarkan pacat gigit sampai habis dan pacat tak hisap banyak pun darah aku. mungkin sebab darah aku "suci" kot. lol

Kemuncak kepada kemuncak program perkhemahan ini adalah Program Bakti Santun. Untuk tahun ini, saya ditugaskan untuk menolong warga Bukit Hantu atau Bukit Ghostbuster bak kata Ustaz Zamri, dan saya dilantik menjadi Ketua Pasukan?! Apakah semua ini?!  Siapakah yang menjadi dalang disebalik pelantikan ini. Udah le kena menjadi Ketua Dorm. Macam tamak haloba plak dalam program ni. Terima kasih laa kepada siapa² yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi ketua. 

Pasukan kami dikehendaki untuk mengecat Surau Bukit Hantu, yang terletak betul² bersebelahan dengan landasan kereta api. Nasib baiklah surau tu bangunan batu, kalau kayu, alamat bergegar surau tu. lulz
dihadapan pintu masuk ke Thailand di Bukit Kayu Hitam
Pulang pada hari Khamis, tiba di pejabat YaPEIM pada pukul 9.30 pm. Alhamdulillah, kerana memudahkan perjalanan. Sekarang stay di rumah abang, sebelum pulang menginap di universiti.

Sekian sahaja untuk edisi kali ini. Peace no war